Aku tak lagi advanced dalam penulisan blog aku..maksud aku- update blog aku regularly.. Aku rasa ketinggalan, aku rasa kreativiti aku menurun. Sense Of Humour aku pun menurun. Bak kata juri Maharaja Lawak Mega.. 'Punch Line tuh kureng...
Aku hanya tonton Maharaja Lawak Mega ini bila semuanya dah over. Aku lagi sekali berada dalam kumpulan tak advanced. Baru aku tahu penangannya. Secara tak aku duga, ia membawa ketagihan. Ketagihannya sama macam nonton AF masa batch Mawi dulu tuh. Ada sweetnessnya yang tersendiri- walau kekadang tuh ada juga lawak yang bodoh atau yang buat aku rasa malu atau menyampah nak nonton. Tapi hakikinya...aku bangga tengok comedian tanahair, yang tak ku sangka- hebat-hebat belaka....ish ish ish ish!
November 2010....Hana Sufia dilahirkan
December 2011...Aslam Shah dilahirkan
& dalam tahun 2011 ini aku terlepas dengar sesuatu yang indah...sesuatu yang aku kira menusuk qalbu sukma aku sebagai seorang papa.
*AWAN NANO BY HAFIZ AF
Now listen here...aku tak perasan kewujudan lagu ini
Orang sibuk nonton Ombak Rindu & upload OSTnya pun aku buat tak tahu je...
Tapi...
Lepas aku nonton clip video 'Awan Nano' yang penuh emo lagi slow-mo itu, serta disulami nyanyian hebat siHafiz nie...tanpa ku sedar atau aku buat-buat tak sedar...kolam mata aku berair. Begini...aku cuba selami perasaan sibapa itu...penat lelahnya hanya satu...untuk sediakan sesuap nasi, untuk beri kehidupan terbaik buat keluarganya...walau susah sebenarnya..hidup di bumi tercinta ini. Aku tulis 'Susah' kerana aku kira- perjalanan hidup aku bersesuaian dengan perkataan tadi.
Lagu tersebut mengingatkan aku spontaneously...bahawa keindahan hidup ini muncul bila cinta yang tersemat diqalbu itu bukan dalam form wang ringgit, atau harta dunia. Oleh itu Hafiz...saya akan beli CD kamu dari kedai Viswa(Rock Corner) sebab ada discount! Moga-moga satu hari kelak...aku dapat perdengarkan melodi & katacara indah lagu ini buat Hana & Aslam. Mereka kena faham...papa juga seperti Herman Tino(Hafiz's Father). Aku juga punya kelemahan, tapi aku tengah berikan yang terbaik buat kamu berdua. Terima Kasih MAMA atas segalanya......can't do it without you..

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu*
-Posted from my iPod Touch 3GS





